Khamis, 30 Julai 2009

JADUAL WAKTU PENGGUNAAN PSS




Rabu, 29 Julai 2009

PROGRAM NILAM

Nur Hannani


Nur Farisya




Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Taiping berjaya mencalonkan dua orang murid untuk Tokoh Nilam.




Kursus Pembinaan Blog


Seramai 29 orang Guru Penyelaras Media sekolah kebangsaan dan sekolah menengah Zon Taiping menghadiri kursus ini.

KURSUS PEMBINAAN BLOG


Kursus pembinaan Blog yang dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Taiping diadakan untuk semua Guru Penyelaras Media Zon Taiping. Kursus ini diadakan sellama 3 hari bermula dari 28, 29 dan 30 Julai 2009 bertempat di PKG Taiping. Matlamat utamanya supaya semua PSS Zon Taiping akan mempunyai blog PSS masing-masing. Penceramah dan fasilatator kursus ini dijemput khas dari PKG Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Beliau ialah Encik Mohd. Adnan b.Haji Baharuddin.

GURU PENYELARAS BESTARI

Encik Noor Hisyam b. Ismail @ Abu Bakar dilantik sebagai guru Penyelaras Bestari menggantikan guru yang telah bertukar mulai tahun 2009.

GURU PENYELARAS MEDIA

Puan Azizah bt Mohammad mula dilantik memegang jawatan mulai 2007.

WARGA SEKOLAH


GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING



ENCIK MOHD. NOOR RASHID B. YOUB

LENCANA SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Bermula seawal tahun 1870-1878. Sekolah Lelaki Melayu Taiping ditempatkan di bangunan PPD lama yang sekarang dikenali sebagai Seri Didik. Manakala Sekolah Perempuan Melayu Taiping pula ditempatkan di sebuah bangunan berhampiran Masjid Lama Taiping yang kini telahpun diruntuhkan.Pada tahun 1926, murid lelaki dipindahkan ke bangunan dua tingkat di Jalan Besar yang kini dikenali sebagai Jalan Taming Sari. Pada tahun 1957, nama sekolah lelaki telah ditukar kepada Sekolah Umum Lelaki Taiping. Pada tahun 1958, sekolah perempuan pula dipindahkan ke bangunan yang kini di kenali sebagai Sekolah Pendidikan Khas (cacat pendengaran). Sekolah lelaki dan perempuan disatukan pada tahun 1964 dan ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Taiping.Pada tahun 2002, makmal komputer telah dibina. Prasekolah bermula di sekolah ini pada tahun 2003.Sekolah ini telah dianugerahkan sijil Sistem Pengurusan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran MS ISO 9001:2000 pada tahun 2008.

Selasa, 28 Julai 2009

PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING


Selamat datang ke Blog Pusat Sumber SK Taiping dan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini.Blog PSS SK Taiping ini akan menjadi satu blog atau ruang untuk mempromosikan PSS Taiping disamping perkongsian pintar pelbagai bidang dalam pengurusan PSS.
Selamat melayari Blog Pusat Sumber SK Taiping.