Rabu, 29 Julai 2009

SEJARAH SEKOLAH

Bermula seawal tahun 1870-1878. Sekolah Lelaki Melayu Taiping ditempatkan di bangunan PPD lama yang sekarang dikenali sebagai Seri Didik. Manakala Sekolah Perempuan Melayu Taiping pula ditempatkan di sebuah bangunan berhampiran Masjid Lama Taiping yang kini telahpun diruntuhkan.Pada tahun 1926, murid lelaki dipindahkan ke bangunan dua tingkat di Jalan Besar yang kini dikenali sebagai Jalan Taming Sari. Pada tahun 1957, nama sekolah lelaki telah ditukar kepada Sekolah Umum Lelaki Taiping. Pada tahun 1958, sekolah perempuan pula dipindahkan ke bangunan yang kini di kenali sebagai Sekolah Pendidikan Khas (cacat pendengaran). Sekolah lelaki dan perempuan disatukan pada tahun 1964 dan ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Taiping.Pada tahun 2002, makmal komputer telah dibina. Prasekolah bermula di sekolah ini pada tahun 2003.Sekolah ini telah dianugerahkan sijil Sistem Pengurusan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran MS ISO 9001:2000 pada tahun 2008.

0 ulasan:

Catat Ulasan